Monday, July 23, 2012

TIPS : 4 Tips Bagaimana Ingin Berucap Dengan Lancar?

ASSALAMMUALAIKUM

Lama sungguh DRC 'senyap'kan blog Diari Seorang Pengacara ini kan? Memang lama sangat.. DRC pun sibuk kat blog DRC, lepas tu dengan kerja2 dan aktiviti lagi.. memang tak menyempat nak update.. Apapun terima kasih atas kunjungan dan followers...
^.^

Ok, semalam ada seorang sahabat dari Indonesia (belajar disana) mintak tips dengan DRC cara komunikasi bercakap/berucap dengan lancar... Sebelum2 ni pun ada permintaan yang nak DRC kongsi tips.. Haaaa.. inilah yang anda tunggu-tunggu..
DRC hanya boleh kongsi setakat mana yang DRC buat dan tahu... Kalau tips ni biasa2, inilah yang DRC buat dan amal... 

Tips : Bagaimana Ingin Berucap dengan Lancar?

1. Buat study atau homework tentang apa yang ingin kita ucapkan..
 Tujuan study dan homework ini adalah untuk memudahkan kita mendalami sesuatu yang ingin disampaikan. Ia juga sebagai batu asas kepada apa yang ingin disampaikan.. Selain itu, ia sebenarnya sangat membantu dalam melancarkan pengucapan kita jika kita tahu 'misi' ucapan kita. Kajian juga perlu dilakukan supaya kita tidak nampak 'macam orang bodoh' bila bercakap tanpa fakta, isi dan ilmu... Contoh, kita nak buat ucapan "I LOVE YOU".. Itu adalah ucapan asas, akan tetapi kita perlu sediakan jawapan untuk soalan-soalan seperti kepada siapa? untuk apa? kenapa? bila? perlu kah? dan sebagainya... 

2.  Hadamkan study dan homework kita.
Maksud hadam di sini adalah kita mesti mengetahui dan mendalami apa yang ingin kita sampaikan. Kalau step pertama tadi kita perlu membuat study atas apa yg kita ingin ucapkan, sekarang, kita perlu hadamkan perkara itu.. Dalam erti kata lain, jadikan ia sebagai rutin yang boleh kita ingat, hafal dan selalu kita ulang.. Supaya nanti tak lah kelam kabut kalau kita terlupa point-point penting dalam ucapan kita...


3. Buat latihan
Practise make perfect! Kalau kita tak buat latihan membaca dan berucap, macam mana kita nak yakin kan? Caranya sangat mudah..!! Cuba ambil satu artikel di majalah atau surat khabar... Kemudian, baca artikel itu dengan kuat.. Biar ada orang yang mendengar bacaan kita.. Jangan baca dalam hati pulak yee... Sedang membaca, artikel yang anda baca itu pasti anda tidak tahu isi dan kandungannya.. Akan tetapi anda perlu lancarkan bacaan... Untuk pertama kali, tak perlu berintonasi.. Selesai bacaan pertama, baca sekali lagi, kali ini dengan intonasi dan gaya anda tersendiri berdasarkan peristiwa dan tulisan artikel itu... Cubalah...! Seronok baca kuat-kuat...


4. Mirror...Mirror in the wall....
Haaaa...!!! Apa kata, selepas anda membaca dengan kuat dan berintonasi gaya anda, cuba pula membacanya di hadapan cermin..! Ini membolehkan anda membaca artikel itu sambil melihat gaya anda sendiri.. Di sini anda kana belajar teknik mimik muka dan gaya anda. Jika anda telah menghafal ucapan anda, anda juga boleh menggunakan teknik "mirror..mirror in the wall.." ini supaya anda sendiri akan melihat gaya penyampaian anda sebelum anda berucap di hadapan audience.. Hal ini juga boleh membuatkan kita berkeyakinan dan menghilangkan rasa gemuruh...


DRC nak kongsikan sedikit video daripada sahabat a.k.a mentor DRC dalam pengucapan.
Tips yang boleh diambil oleh adik-adik yang takut untuk bertanya dengan cikgu dalam kelas.
Juga kepada kita semua... =)
Selamat menonton..



"Insya-Allah, DRC akan kongsikan pengalaman, buku, dan tips lagi selepas ini"

Sunday, April 8, 2012

BERKONGSI CERITA SELAMA MENJADI MC DI KUIN




Pertama kali menjadi pengacara majlis adalah ketika Kem Pemantapan Ukwah di Kem Titi Hayun, Yan 2009 untuk majlis yang ringkas dan sederhana sempena penutupan KPU 2009. Mula-mula berdebar rasa hati.. Dan ketika itu hanya berbekalkan beberapa pengalaman dan tunjuk ajar dari senior yang ada terutamanya Abang Shazni.. Dari situ, ad...a yang nampak...


Kemudian, diberi kepercayaan untuk mengendalikan Majlis Perlancaran MPM 2010/2011 - Ketika Abang Muaz Aziz menjadi Presiden. Sebuah majlis berskala agak besar, dan perlu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bersama sahabat seperjuangan, Azmi Razali.. Walaupun mendapat komen dan kritikan yang membina sebagai budak baru, ada juga yang memuji tahap budak baru di atas pentas... Dan tidak dilupakan, ada juga yang cuba 'mencantas' untuk mudah naik... Aiisshhh..! Manusia yang tak pernah lari dari sikap pHD.. Dan cara dia mencantas membuatkan aku sangat down, dan tak ada semangat...!
Sampai aku sendiri dah give up untuk ke hadapan dan maju setapak lagi.. Macam-macam dugaan masa tu... Hanya kawan-kawan yang tertentu tau apa perasaan.. (Malas nak cerita panjang sebab memang ini REALITI)


Tapi, atas usaha diri dan kawan-kawan yang membakar semangat, semester baru dimulakan dengan semangat yang baru !! Alhamdulillah, masih mendapat di hati sahabat-sahabat untuk mengendalikan majlis... Masih lagi dimulakan dengan Pelancaran MPM 2011/2012 - ketika itu Abang Faiz Arshad menjadi presiden... Dan beberapa lagi program yang aku kendalikan sepanjang semester baru (sem 3)...
Dan ketika inilah baru aku mendapat jawapan kepada soalan yang dulu-dulu.. Siapakah gerangan yang mencantas aku? Jawapannya, orang yang berhampiran dengan aku sendiri... Dan aku tertunggu jugak, kalau dia boleh cantas aku, kenapa dia tak naik dan berdiri lebih atas dari aku???? #MACAM DUNIA ARTIS KAN!??


Sehinggalah aku menjadi mentor ATC untuk MC Team... Walaupun pengalaman yang ada sangat sedikit, tapi berkat perkongsian dan iltizam untuk mencari ilmu dan mengembangkan bakat, takkan terhenti... Selagi kita punya azam dan cita-cita..


Dan hari ini, aku tak mendabik dada dengan program-program yang pernah aku kendalikan.. Cumanya ingin jadikan pengajaran kepada adik-adik dan sahabat-sahabat, janganlah pernah ada rasa benci dan hasad dalam diri terhadap kelebihan orang lain, sebalik nya itulah mencerminkan kelemahan diri kita.. Jangan pernah menjatuhkan orang lain untuk kita berdiri tapi berdirilah bersama-sama... Jangan cuba pernah menyakiti hati orang tanpa redha, kelak dituntut di akhirat..


SEMOGA MEJADI PENGAJARAN UNTUK DIRI AKU DAN KITA SEMUA....


#Bingkisan Terakhir Sebelum Melangkah Pergi.....
Khairool Ariffin Musa

Monday, March 19, 2012

Akademi Pendakwah Muda Episod 2

ASSALAMMUALAIKUM
Jom kita tonton Akademi Pendakwah Muda Episod ke-2 Penuh di sini..

















Teruskan usaha dakwah yang pasti adanya cabaran tak kira dimana kita berada.
Janji Allah harus diyakini, Syurga menanti..

Sunday, February 12, 2012

Akademi Pendakwah Muda Episod 1






"Dakwah itu bukan untuk kerja seorang ustaz, ustazah. Tapi kerja dakwah ini semua diharuskan. Walaupun menjadi dai'e itu fardhu kifayah, bukan bermaksud orang lain buat, kita tak payah, tapi jika orang lain tak buat kita yang payah"

Friday, February 10, 2012

SEGMEN | ON AIR BERSAMA DRC


ASSALAMMUALAIKUM..

Buat pertama kalinya DRC membawakan kepada anda,
"SEGMEN : ON AIR BERSAMA DRC"
bersempena rancangan realiti terbaru di ASTRO, iaitu ON AIR.
Caranya mudah sahaja. Meh tengok sini...

1. Tampal sticker kat atas yang canteek tu kat dalam entry anda, 
sambil buat entry bertajuk "SEGMEN : ON AIR BERSAMA DRC"
2. Follow blog Dairi Seorang Pengacara. (kalau dah follow, takpe)
3. Senaraikan 3 (TIGA) nama Pengacara pilihan anda dan berikan sebabnya
4. Tag pada 3 (TIGA) rakan blog anda dan khabarkan padanya..
5. Link kan entry anda dalam ruangan komen entry nie..

MUDAHKAN???

DRC mulakan dengan 3 Pengacara pilihan DRC 
1. Aznil Haji Nawawi (ASTRO)
Aznil menjadi pilihan DRC sebab kredibiliti dan bakat beliau setakat ini belum ada tandingan. DRC menggemarinya kerana beliau merupakan seorang bapa yang berjaya mendidik anaknya cemerlang dalam akademik. Beliau juga bijak membawa kita berada dalam beberapa keadaan dengan cara pembawaannya dalam sesuatu majlis.

2. Norzie Pak Wan Chek (TV3)
DRC menyukai host ini ketika beliau mengendalikan Majalah 3. Suara Norzie merupakan suara yang lain dari yang lain. Tak ada host lain yang setakat ini DRC ada persamaan dengan Norzie. Beliau yang juga merupakan isteri kepada Aidit Marchello, sekarang tidak lagi bergiat aktif dalam bidang pengacaraan. Pasti DRC orang pertama depan TV kalau dia muncul!

3. Amin Idris (TV AL HIJRAH)
Salah seorang yang belum mendapat tempat dihati rakyat Malaysia tapi pada DRC, beliau merupakan seorang pengacara yang berpotensi besar terutama dalam bidang pengacaraan berbentuk dakwah. DRC menggemari beliau sejak bermula menonton Assalammualaikum di TVAH. Dan DRC berkesempatan berjumpa dengan beliau semasa menonton Solehah Final di Kuala Lumpur tahun lepas. Apapun, Amin Idris merupakan pengacara yang versetail sebab beliau ada consultant sendiri..

"Idola kita adalah Nabi Muhammad SAW. Beliau idola teragung dari pelbagai sudut"

MEREKA YANG DITAG OLEH DRC :

KLIK SINI.

Si Kacak & Si Cantik

Penaja Pengacara