Sunday, April 8, 2012

BERKONGSI CERITA SELAMA MENJADI MC DI KUIN




Pertama kali menjadi pengacara majlis adalah ketika Kem Pemantapan Ukwah di Kem Titi Hayun, Yan 2009 untuk majlis yang ringkas dan sederhana sempena penutupan KPU 2009. Mula-mula berdebar rasa hati.. Dan ketika itu hanya berbekalkan beberapa pengalaman dan tunjuk ajar dari senior yang ada terutamanya Abang Shazni.. Dari situ, ad...a yang nampak...


Kemudian, diberi kepercayaan untuk mengendalikan Majlis Perlancaran MPM 2010/2011 - Ketika Abang Muaz Aziz menjadi Presiden. Sebuah majlis berskala agak besar, dan perlu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bersama sahabat seperjuangan, Azmi Razali.. Walaupun mendapat komen dan kritikan yang membina sebagai budak baru, ada juga yang memuji tahap budak baru di atas pentas... Dan tidak dilupakan, ada juga yang cuba 'mencantas' untuk mudah naik... Aiisshhh..! Manusia yang tak pernah lari dari sikap pHD.. Dan cara dia mencantas membuatkan aku sangat down, dan tak ada semangat...!
Sampai aku sendiri dah give up untuk ke hadapan dan maju setapak lagi.. Macam-macam dugaan masa tu... Hanya kawan-kawan yang tertentu tau apa perasaan.. (Malas nak cerita panjang sebab memang ini REALITI)


Tapi, atas usaha diri dan kawan-kawan yang membakar semangat, semester baru dimulakan dengan semangat yang baru !! Alhamdulillah, masih mendapat di hati sahabat-sahabat untuk mengendalikan majlis... Masih lagi dimulakan dengan Pelancaran MPM 2011/2012 - ketika itu Abang Faiz Arshad menjadi presiden... Dan beberapa lagi program yang aku kendalikan sepanjang semester baru (sem 3)...
Dan ketika inilah baru aku mendapat jawapan kepada soalan yang dulu-dulu.. Siapakah gerangan yang mencantas aku? Jawapannya, orang yang berhampiran dengan aku sendiri... Dan aku tertunggu jugak, kalau dia boleh cantas aku, kenapa dia tak naik dan berdiri lebih atas dari aku???? #MACAM DUNIA ARTIS KAN!??


Sehinggalah aku menjadi mentor ATC untuk MC Team... Walaupun pengalaman yang ada sangat sedikit, tapi berkat perkongsian dan iltizam untuk mencari ilmu dan mengembangkan bakat, takkan terhenti... Selagi kita punya azam dan cita-cita..


Dan hari ini, aku tak mendabik dada dengan program-program yang pernah aku kendalikan.. Cumanya ingin jadikan pengajaran kepada adik-adik dan sahabat-sahabat, janganlah pernah ada rasa benci dan hasad dalam diri terhadap kelebihan orang lain, sebalik nya itulah mencerminkan kelemahan diri kita.. Jangan pernah menjatuhkan orang lain untuk kita berdiri tapi berdirilah bersama-sama... Jangan cuba pernah menyakiti hati orang tanpa redha, kelak dituntut di akhirat..


SEMOGA MEJADI PENGAJARAN UNTUK DIRI AKU DAN KITA SEMUA....


#Bingkisan Terakhir Sebelum Melangkah Pergi.....
Khairool Ariffin Musa

9 comments:

Hanif said...

Betull..sentiasa berusaha atas kaki sendiri ..bukan memijak orang lain ..

fatmasha said...

tu lah susah orang kita...hasad dengki n tidak suka tengok org lebih2 macam jd budaya sekarang..

Camy Alya said...

Tipikal melayu. Tak boleh tengok orang lain hidup senang sikit -_-

Eein Azryn said...

setuju. takyah nak menjatuhkan orang lain. berdirilah bersama sama. ^^

Cik Gadis ^^, said...

wah ! encik pengacara .

etuza said...

best pula kan cerita pengalaman pengacara. nak try entry nanti, sebab ada jg jadi pengacara..

Ayie Abas said...

wahhhh..bagus betul laa....jadi pengacara majlis kena seseorg yg yakin diri dan suara yg sesuai :)

Siti noradibah said...

Nice

Siti noradibah said...

Nice

KLIK SINI.

Si Kacak & Si Cantik

Penaja Pengacara