Monday, July 23, 2012

TIPS : 4 Tips Bagaimana Ingin Berucap Dengan Lancar?

ASSALAMMUALAIKUM

Lama sungguh DRC 'senyap'kan blog Diari Seorang Pengacara ini kan? Memang lama sangat.. DRC pun sibuk kat blog DRC, lepas tu dengan kerja2 dan aktiviti lagi.. memang tak menyempat nak update.. Apapun terima kasih atas kunjungan dan followers...
^.^

Ok, semalam ada seorang sahabat dari Indonesia (belajar disana) mintak tips dengan DRC cara komunikasi bercakap/berucap dengan lancar... Sebelum2 ni pun ada permintaan yang nak DRC kongsi tips.. Haaaa.. inilah yang anda tunggu-tunggu..
DRC hanya boleh kongsi setakat mana yang DRC buat dan tahu... Kalau tips ni biasa2, inilah yang DRC buat dan amal... 

Tips : Bagaimana Ingin Berucap dengan Lancar?

1. Buat study atau homework tentang apa yang ingin kita ucapkan..
 Tujuan study dan homework ini adalah untuk memudahkan kita mendalami sesuatu yang ingin disampaikan. Ia juga sebagai batu asas kepada apa yang ingin disampaikan.. Selain itu, ia sebenarnya sangat membantu dalam melancarkan pengucapan kita jika kita tahu 'misi' ucapan kita. Kajian juga perlu dilakukan supaya kita tidak nampak 'macam orang bodoh' bila bercakap tanpa fakta, isi dan ilmu... Contoh, kita nak buat ucapan "I LOVE YOU".. Itu adalah ucapan asas, akan tetapi kita perlu sediakan jawapan untuk soalan-soalan seperti kepada siapa? untuk apa? kenapa? bila? perlu kah? dan sebagainya... 

2.  Hadamkan study dan homework kita.
Maksud hadam di sini adalah kita mesti mengetahui dan mendalami apa yang ingin kita sampaikan. Kalau step pertama tadi kita perlu membuat study atas apa yg kita ingin ucapkan, sekarang, kita perlu hadamkan perkara itu.. Dalam erti kata lain, jadikan ia sebagai rutin yang boleh kita ingat, hafal dan selalu kita ulang.. Supaya nanti tak lah kelam kabut kalau kita terlupa point-point penting dalam ucapan kita...


3. Buat latihan
Practise make perfect! Kalau kita tak buat latihan membaca dan berucap, macam mana kita nak yakin kan? Caranya sangat mudah..!! Cuba ambil satu artikel di majalah atau surat khabar... Kemudian, baca artikel itu dengan kuat.. Biar ada orang yang mendengar bacaan kita.. Jangan baca dalam hati pulak yee... Sedang membaca, artikel yang anda baca itu pasti anda tidak tahu isi dan kandungannya.. Akan tetapi anda perlu lancarkan bacaan... Untuk pertama kali, tak perlu berintonasi.. Selesai bacaan pertama, baca sekali lagi, kali ini dengan intonasi dan gaya anda tersendiri berdasarkan peristiwa dan tulisan artikel itu... Cubalah...! Seronok baca kuat-kuat...


4. Mirror...Mirror in the wall....
Haaaa...!!! Apa kata, selepas anda membaca dengan kuat dan berintonasi gaya anda, cuba pula membacanya di hadapan cermin..! Ini membolehkan anda membaca artikel itu sambil melihat gaya anda sendiri.. Di sini anda kana belajar teknik mimik muka dan gaya anda. Jika anda telah menghafal ucapan anda, anda juga boleh menggunakan teknik "mirror..mirror in the wall.." ini supaya anda sendiri akan melihat gaya penyampaian anda sebelum anda berucap di hadapan audience.. Hal ini juga boleh membuatkan kita berkeyakinan dan menghilangkan rasa gemuruh...


DRC nak kongsikan sedikit video daripada sahabat a.k.a mentor DRC dalam pengucapan.
Tips yang boleh diambil oleh adik-adik yang takut untuk bertanya dengan cikgu dalam kelas.
Juga kepada kita semua... =)
Selamat menonton..



"Insya-Allah, DRC akan kongsikan pengalaman, buku, dan tips lagi selepas ini"

4 comments:

langit hitam said...

ANDA DIPELAWA UNTUK JOIN CONTEST NI
INGINKAN WANG TUNAI RM100,RM50 DAN CENDERATAMATA DARI BISMI DESIGN ARTZWORK ??JOM JOIN CONTEST MENARIK NIH SEKARANG .PELUANG MASIH TERBUKA !
http://penaislam2u.blogspot.com/2012/10/contest-dhuha-ada-kelebihannya.html

krole said...

menarik...berguna info ni untuk krole...sebab asal diri ini berucap kat depan khalayak ramai pergh! asyik gemuruh je...bermacam cara dah buat..still sama...Insyallah akan cuba tips ini nnt

hana hadi said...

tq :) info sangat sesuai untuk hana.. hana gemuruh bila pegang mikrofon. apa caranya xnak bagi gemuruh ek..

RH said...

Hi, I enjoy reading your site! Is it okay if I contact you through email? Please email me back.

Thanks!

Harry
harry.roger10 gmail.com

KLIK SINI.

Si Kacak & Si Cantik

Penaja Pengacara